Monday, August 4, 2014

Raya Siri 1- Gotong Royong

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah dapat menyambut syawal yang meriah tahun ini.
Meh tasya nak kongsi sikit sambutan hari raya kami sekeluarga.

Tahun ni tasya beraya di sebelah tasya dulu di Sri Manjung, Perak. Mak dan ayah sepakat nak beraya di Sri Manjung instead di Kuala Kurau tahun ni. Al-maklumla mak tasya ni ada butik pakaian. Butik masih di buka sehingga ke malam Raya jadi kami semua sepakat untuk pulang ke kampung tok pada raya ke-2

Semuanya seperti yang dirancangkan alhamdulillah. Sehari sebelum raya mak, ayah dan abang ipar ke pasar  mencari bahan-bahan untuk dimasak for juadah esoknya. Sebaik balik dari pasar tugasan telah diagihkan. Gotong royong bermula untuk memastikan kerja semua berjalan dengan lancar.

Baik ayah, ipar, dan biras turun padang bergotong royong.Anak-anak pun sama naik menolong dan mengacau. kerja yang banyak tak terasa sebabnya sama-sama saling bantu membantu.

Sesi Gotong Royong

Menu kami setiap tahun sama je. 

1. Rendang ayam
2. Gulai Daging
3. Daging masak Merah
4. Nasi impit
5. Ketupat daun palas


Dalam senarai menu ni daging masak merah adalah favorite semua ahli keluarga termasuk menantu-menantu. Semua pasti terkejut kalo tasya cakap kami makan nasi impit atau ketupat pulut dengan daging masak merah kan..tapi nila menu yang ditunggu-tunggu semua. Kalo ada daging masak merah ni lauk-lauk lain di pandang sipi jer..hehe

Siap bergotong royong sebelum tengahari. Malam tu kami dah dapat menjamah rendang, gulai daging nasi impit serta ketupat palas yang sudah siap di masak. persiapan juadah Syawal kali ni memang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana nila first time kami sekeluarga beraya sendiri. Selalunya malam raya kami dah ada di kampung Tok di Kuala Kurau. 

Okla ni muslih dan terjaga. Next entry tasya story pasal sambutan 1 syawal di  Manjung

Love, 
Tasya




No comments:

Post a Comment