Monday, October 21, 2013

Lil pie @ 31 weeks (0_0)

Alhamdulillah..
Kandungan ibu dah masuk 31 minggu 6 hari dah hari ni.lamanye ibu tak update pasal baby ibu.sepanjang mengandung ni macam macam dugaan juga ibu lalui mungkin ini bahagian ibu yang telah ditetapkan oleh-Nya.Namun ape ape pun ibu bersyukur sangat diberi oleh Allah kekuatan dan ketabahan menanggung setiap ujian dan dugaan yg diturunkan dan yang utama nya bersyukur sebab diberi kesempatan untuk mengandung walaupun tak semudah ibu ibu lain.

Sambungan dari entri lepas..yang dh berkurun jugak la ibu rase tapi takpe la asalkan ibu update boleh buat tatapan anak anak ibi jugak nanti.setelah ibu diberi cuti sakit selama 2 hari, ibu kembali kerja seperti biase.ibu tak ingat berapa hari sekembali ibu ke opis perkara yang sama berulang.spotting muncul lagi bile ibu berasa sakit di bahagian ari ari ibu.sekali lagi ibu meminta kebenaran dari bos untuk ke klinik.mujur klinik dengan opis ibu hampir..tak sampai 5 minit berjalan. Sampai di klinik ibu terus minta untuk berjumpa dengan doctor dengan kadar segera.khuatir spotting akan bertukar menjadi darah..ibu fobia sebabnye sudah 2 kali ibu hadapinya sebelum ni.

Masuk berjumpa doctor, ibu terus ceritakan dari awal sampai la masa tu.doctor minta ibu berbaring untuk melakukan ultrasound.dengan penuh harapan yang baby masih ade ibu berbaring.melihatkan gaya si doctor ibu terasa resah seketika.jawapan doctor agak mengecewakan ibu.katanya die tak nampak sangat baby ibu.nampak sac sahaja.tapi die cube lagi dari angel yang berbeza.bile tengok dari angel lain baru nampak baby ibu.tapi doctor masih tak berapa pasti.die minta ibu berjumpa pakar.surat ditulis supaya ibu dapat berjumpa dengan pakar.setelah keluar dari bilik rawatan ibu terus menelefon ayah.minta ambil ibu segera.bagi ibu saat agak cemas.ibu takut sangat masa ni.takut ibu bakal mengalami keguguran lagi..sekembali ke opis ibu terus berjumpa dengan bos dan minta kebenaran untuk pulang berjumpa pakar.dalam hati berdoa berhabis habisan janganla sesuatu berlaku terhadap baby ibu ni.ayah sampai kami terus ke klinik yang di recomend by ayahnye kawan.sesampai di klinik hujan lebat sangat.ayah tak dapat tempat parking.ayah mintak ibu turun dulu untuk register.kebetulan patient lain tade.ibu terus dipanggil ke dalam bilik doctor.oo ibu lupa cerita bahagian pendaftaran tadi.masa di kaunter ibu terus minta untuk bertemu dengan pakar.wanita di kaunter terus bertanya ibu ape perlunya ibu bertemu pakar sebabnya di situ tiada doktor pakar.hanya doktor biase.bila ibu ceritakan perihal ibu wanita tersebut terus menjawab takpe doktor biase pun boleh tak perlu jumpe pakar dalam kes ibu ni.

Ok.ibu ikutkan aje kate wanita itu.bila nama di panggil terkejutnya ibu rupanya wanita di kaunter tadi adalah doctor yang bertugas.ibu di minta berbaring untuk membuat ultrasound.bila imej terpampang di skrin terus doctor berkata ha memang dah takde ni.cube awak tenok tinggal kantung je..selesai ultrasound doctor berbincang dengan ibu berkenaan prosedur cuci aka DNC.seriau ibu mendengar.ayah belum muncul tiba.ibu tak berani nak beri kata putus.doktor memberikan anggaran kos dan berapa lama proses diambil untuk melakukan proses dnc tu.akhirnya ibu mengambil keputusan untuk menelefon ayah.ayah tak bersetuju sebabnya ayah tak tengok dengan mata nya sendiri keaadaan baby.jadi ibu memberi kata putus kepada doctor kalo ibu bersetuju untuk melakukan dnc ni ibu akan telefon klinik mungkin malam ataupun esok pagi.selesai membuat bayaran ibu keluar dari klinik mencari ayah.

Sepanjang perjalan ke rumah mak.ayah banyak mendiamkan diri.ibu pulak masih rasa tidak berpuas hati kerana tak dapat berjumpa pakar.sesampai di rumah mak ibu terus bersuara pada ayah.ibu mahu berjumpa dengan pakar.ibu minta ayah bawakkan ibu berjumpa dengan pakar sakit puan di melati KLINIK PAKAR WANITA MEDINA.kereta yang sudah siap di parking di undurkan kembali utuk penuhi hajat ibu.ibu masih kuat merasakan yang baby ibu ini ade.sampainya di klinik doctor tiada, on call di hospital.kami di minta datang kembali pada sebelah malam setelah menerima panggilan dari pihak klinik.kami pulang dengan perasaan hampa.namun hati ibu masih berharap.ayah masih seperti tadi banyak mendiamkan diri.bila ditanye rupenya ayah sedih..ibu kata ibu biase je sebab ibu dapat rasakan baby ibu masih ade.

Debaran menantikan panggilan dari klinik hanya Allah sahaja yang tahu..jam 9 malam panggilan dari klinik di terima.ibu diminta datang pada jam 10 malam.rupenya begini cara giliran di klinik medina kerana patientnya terlalu ramai.kami tiba di klinik jam 10 malam.menanti untuk giliran ibu hampir sejam kemudian.Bila dipanggil masuk berjumpa doktor,seperti biase ulangan cerita dari awal sampai akhir versi yang ketiga untuk hari itu.Oo ibu sangat suka dengan doctor ini.Sifatnya yang keibuan dan sangat tenang orang nya.Selesai bercerita ibu diminta berbaring untuk membuat ultrasound.hanya ultrasound dapat melihat condition baby ibu.tapi ultrasound kali ni berbeza.ibu diminta berbaring dan bersedia untuk VAGINAL ULTRASOUND kerana cara ini adalah lebih accurate untuk melihat condition baby ibu.doctor meminta agar ibu bertenang untuk tidak merasakan kesakitan bila dilakukan scan tersebut.bila alat dimasukkan dan image terpampang diskrin..ya Allah hampir menitis air mata ibu melihat baby ibu dan degup jantungnya..baby ibu masih hidup alhamdulillah. ..terasa dalam mimpi ape yang berlaku pada hari itu.syukur..syukur..syukur..tiada perkataan lain yg dapat ibu lafazkan.doktor memberikan ibu suntikan kuatkan rahim dan beberapa ubat untuk menguatkan rahim ibu.sekali lagi ibu diberi cuti sakit yang agak lama juga untuk berehat..Sebelum kami keluar dari bilik doctorm docor memegang tangan ibu sambil die membca doa dan minta ibu mengiutnya membaca doa tersebut..ya Allah patutla ramai yang sanggup menunggu untuk di rawat di klinik ini.Layanan doctor nya sangatla mengangumkan ibu.ini pertama kali ibu mengunjungi klinik yang penuh ciri-ciri islamiknya.Rawatan susulan ditetapkan selepas 2 minggu berikutnya.

Alhamdulillah kandungan mencecah 12 minggu sepanjang tempoh itu ibu amatla berhati-hati..khuatir spotting atau darah turun namun semuanya baik-baik belaka.Ibu meneruskan rawatan susulan ibu di klinik Kohilal Melawati kerana tak berhati waja untuk menunggu giliran di Klinik Medina.Komentar dari seorang teman Giliran di klinik Medina kadang kadang boleh mencecah ke jam 1 atau 2 pagi..Cekal sungguh hati ibu2 dan ayah2 demi mendapatkan yang terbaik untuk si kecil mereka.Rawatan susulan diteruskan seperti biasa dari sebulan ke sebulan.Baby sihat dan membesar seperti biasa.Jantina baby masih belum dapat ditentukan sehinggalha kandungan ibu mencecah minggu yang ke 27.

Rawatan minggu ke 27 ibu dan ayah sepakat ingin bertukar ke Gombak Medical Centre sebabnya ibu berhasrat ingin melahirkan baby di sana.Mudah kerana berdekatan dengan rumah kita.Rawatan yang pertama di GMC sekali lagi ibu dan ayah diuji.doctor suspect baby ibu IUGR.pertama kali ibu mendem=ngarnye.growth of baby dengan due date ibu lari lebih kurang 4 minggu.doctor mintak ibu bertemu pakar supaya dapat betul betul memastikan growth of my baby.Balik je rumah ibu mula google about iugr dan tanye kawan kawan ibu jugak.Sedih gak hati ni..dugaan lagi.Tapi setiap yang berlaku pasti ade hikmahnye.Setakat nih every 2 weeks ibu kene berjumpe dengan pakar.alhamdulillah baby is growing well but the size memang agak kecil. minggu yang sama jugak ibu g buat 3d/4d scan dekat Klinik Fazilah dekat bandar Pinggiran Batu Caves again thankfull ya Allah.semuanye ok.

Masuk minggu 31 ni.Darah tinggi mule menyinggahi ibu.Awal jugak berbanding faqih dulu.Masa mengandungkan Faqih minggu ke 37 baru ibu disahkan menghidap darah tinggi.Ape boleh buat.Telan jela ubat and doctor suruh monitor sendiri tekanan di rumah.Ibu diberi cuti sakit selepas di tahan wad sehari.Ibu harap sangat kali ni ibu dapt bersalin kan baby secara normal.Tapi kalo takde rezeki ibu melahirkan secara normal ibu redha.Harapnye post yang akan datang mengenai baby ibu yang dah selamat dilahirkan,InsyaAllah..



Tuesday, May 7, 2013

Positif (*_*)

Update Kali ni berkenaan keterujaan Ibu sekeluarga dengan bakal keluarga baru yang bakal menganggotai kami bulan disember nanti.InsyaAllah.

Mengimbas kembali setelah berulang-ulang kali membincangkan topik ini dengan encik suami supaya Faqih diberikan teman baru akhirnya kami bersetuju untuk menambahkan ahli baru kami. Tak sangka secepat ini dikurniakan oleh-Nya rezeki yang indah ni.Kalo tidak silap pengiraan due date yang diberikan doctor adalah pada 18 disember 2013. InsyaAllah.Kami sangat berharap kandungan kali ni insyaAllah dilindungi-Nya dan dipermudahkan.

Saat yang dinanti

Sehari lewat dari datang bulan ibu terus buat upt sendiri namun hampa keputusan yang ditunjukkan negatif.Jadi ibu redha.Usai solat subuh terus beritahu ayah.Belum rezeki lagi agaknya untuk faqih mendapat teman baru.Ingatkan dapat surprise ayah and hadiah sempena harijadi ibu tapi dalam hati ibu masih berharap.Biasela naluri seorang ibu. Tanggal 15 April ibu pergi kerja seperti biase tapi malam sebelum tu rase tak sedap badan.sejuk satu badan.siap ayah selimutkan ibu masa tidur sebab ibu sejuk sangat.Jam lebih kurang pukul 9.30 pagi ibu minta permission bos untuk ke klinik berdekatan sebab terasa hangat kembali singgah dah terasa tonsil ibu semakin membengkak. Di klinik sekali lagi ujian upt dibuat sebab inginkan kepastian doctor dan ubat2 yang bakal diberi doctor bersesuaian untuk ibu hamil.Sekali lagi keputusannya negatif..hampa.mc diberi bacaan termometer menunjukkan ibu demam.Ayah Menjemput ibu di ofis.

Esoknya ibu ke ofis seperti biase ubat yang diberikan betul2 berkesan.Demam berkurangan.Ibu melakukan kerja seperti biase, petang hampir ke waktu asar ibu ke tandas.perut terasa sakit bagaikan tanda2 datang bulan menghampiri.Rupanya betol ibu datang bulan.Jadi harapan ibu untuk hamil sudah tidak ade.Di rumah malam tu sambil berbaring ibu bersembang dengan Faqih.Ibu cerita pada Faqih dalam perut ibu tade baby Faqih.Tibe2 dengan kesunguhan Faqih menyelak baju ibu dan menepuk perut ibu.Ini Baby ibu..ini baby..berulang2 kali disbut Faqih.Ayah pun tersenyum.

Rutin pagi esok seperti biase cumanye ibu agak musykil,darah tak turun seperti selalu ketika datang bulan.Subuh tadi pun ibu tak pasti patutke ibu solat atau tidak.Tapi takpela ibu tunggu sehari lagi kalo betul ibu datang bulan pastinya darah akan keluar seperti selalu.Seharian di opis dan kembali ke rumah masih lagi tiada darah yang turun.Jawapannye mandi Wajib dan bersolat lah ibu maghribnye.Masa ni ade jugak ibu terpikir ibu pregnant hehe.

17 April sekali lagi sebelum asar ibu terasa sakit di bahagian bawah perut bila ke tandas eh ade spotting dan seakan2 darah.OOo betulla ibu period.Mungkin ibu stress dan penat jadinya darah tak turun seperti selalu.Hampa sekali lagi.Kejadian kali ni sama seperti hari sebelumnya.Darah spotting yg keluar sekali tu je.Ibu dalam delima patut ke ibu mandi wajib dan bersolat.Malam tu sebelum ayah balik mengajar ibu mintak ayah belikan pregnancy test.Ibu tekad kalini ibu nak check sekali lagi kalo negatif jugak ibu nak jumpa doctor.Menanti subuh dengan debaran.Pagi tu ibu bangun awal.Cari mana ayah letak pregnancy test tu.Dah jumpe terus ibu buat.Tak sampai setengah minit keputusan yang ibu dapat POSITIF/DOUBLE LINE....yahoo..alhamdulillah ibu pregnant.

19 April ibu bercuti.Nak settlekan hal2 yang tertangguh dan ibu amik kesempatan untuk berjumpa gynae untuk confirmkan kandungan ibu.Pagi tu kami ke pejabat pos nak hidupkan lesen memandu ibu.Kemudian kami ke klinik kohilal di melawati untuk berjumpa gynae.Ibu pernah ke sana semasa mengandungkan Faqih.Masuk berjumpa doctor ibu ceritakan kepada doctor kejadian yang menimpa ibu dari awal hinggala pada hari ibu membuat upt yang terakhir dan hasilnya positif. Doctor mendengar dengan teliti dan akhirnya sekali lagi ibu diminta membuat ujian upt.Kiranye ini kali ke-4 ibu membuat upt hehe takpela demi mendapatkan kesahihan ibu turutkan.Setelah mendapat keputusan ini jawapan doctor

"Kamu ni 50-50 pregnant.walaupun hasil upt double line tapi line yg ke-2 sedikit kabur"

Ha?ibu tak dapat digest ape yang doctor cakap nih.Terpamer di muka ibu riak wajah tidak bersetuju dengan keputusan doctor tapi ibu tenangkan diri dan berkata dalam hati terima jela apa yang doctor katakan sebab die lebih pakar.Again ibu pasrah but redha.She gave me ubat kuat rahim Duphaston and Folic acid untuk ibu makan and ask ibu to meet her if dalam masa sebulan darah tak turun.So balik ke rumah MIL lepas tu.Masa dalam kereta ayah tanye ibu ape doctor kate.Hurm doctor kate 50-50 pregnant.Ayah tanye ibu.Bolehke mcm tu?hurm ntahla ibu pun tak tahu.


Kehidupan selepas tu macam biase pegi kerja,balik kerja cumenye ibu lebih berhati2 tak lasak2 sangat.tak angkat Faqih sangat.Jalan slow2.tak angkat berat2.Just berjaga2 if ibu pregnant ke kan.sebab masih berharap jugak bila doc kate ibu 50-50 pregnant. 24 April sekali lagi ibu terasa sakit di bahagian bawah perut.bile ke tandas.Ade darah lagi sekali.Malam tu ayah amik kat opis the next daynye ibu pagi klinik Fadzillah di sri gombak.Panel clinic PM Care.Cite2 dengan doctor history ibu during pregnancy doctor conclude ibu ni ade bad history during pregnancy die siap cakap if ade yang pelik2 die akan buat surat to refer to specialist.We ended up with ultrasound scanning. Alhamdulillah during the scan nampakla our lil pie inside ibu's womb.confirm la it's not ectopic.That was my first question before buat ultrasound scan tu.During scan tu doc ade explain that the size of the baby showed that ibu is 5+ weeks pregnant so doc suruh ibu datang in 3/4 weeks time to see baby's heartbeat plak.so she asked ibu to get some rest and given me 2 days of mc and ubat kuat rahim.She even said that just keep praying because die pun tak boleh promise about the baby's condition.So ibu is looking forward to see her in our next appointment lil pie.InsyaAllah kalo ade rezeki ibu and ayah.We just pray minta dipermudakan oleh-Nya.Amin.

InsyaAllah next post on babay's condition.Semoga sumeana dipermudahkan Ya Rabb!

Monday, March 18, 2013

Pasti

Penah terpikir pasal mati?

Hari ni aku dikejutkan dengan berita kawan sekelas aku yg telah kembali ke rahmatullah tengah hari tadi
Al-fatihah buat allayarhamah sis haniyah.

Walaupun kami tak serapat mana semenjak aku berpindah ke asrama tapi kami pernah sekelas.masih teringat gelak ketawa, wajah dan kelaku arwah.

Aku pernah melalui saat hampir2 terasa seakan kematian itu hampir sekali.mulut terkumat kamit mengucap kalimah syahadah tanpa henti.ku ulangi..ulangi..ulangi.ulangi lagi.namun di takdirkan belum saat ku lagi..kemalangan itu hanya peringatan kecil buat diriku di bumi ini.

Bersediakah diri ini menghadapi saat itu lagi nanti.Aku sendiri pun tak pasti namun hakikat kematian mmg akan terjadi.setiap insan bakal pergi.mari lekas audit diri.

Wahai teman ku doakan agar roh mu dicucuri dan di tempatkan dikalangan mereka2 yg beriman dan dikasihi.semoga ko tenang di negara yg kekal abadi.
Alfatihah buat mu teman.

_Tasya84_

Saturday, February 2, 2013

Pelik #1

Pelik jugak aku dalam pukul 4 lebih pagi tadi bile faqih kate nak pegang baby.Yup sometimes i did joke with him ade baby dalam perut kiss la baby..but tadi pepagi bute die cakap nak pegang baby..suruh aku selak baju sebab die nak rub my belly. pelik-pelikla anak ibu nih.2 kali die rub then die suruh aku tutup.mesti die tengah kemama(bak kata ore kelate) but this was not the first time cume biase malam malam before to sleep tu adela die cakap nak tido dengan baby..asked me to selak baju sambil rubbing my perut die tertdo..mujurla perut ibu nih besar hehehe

Apakah ini tandanye hehe we need to tambahkan ahli keluarga baru?Faqih pun going to be three this august.InsyaAllah if ibunye condition fully recovered kalo ade rezeki this time i'll let you sleep with baby in my tummy & kissing my tummy for real..Kene citer kat ayah ni perangai baru & pelik Faqih.

Faqih:2 years & 4 month.



Monday, January 14, 2013

Ultraman..ultraman

Hari Isnin datang lagi.
Rutin harian kembali,
Siang berkerja,
Petang balik di jemput si arjuna hati.
Malam terisi dengan siri animasi
Hero ULTRAMAN pujaan hati
Sikecil yang sorang ni.

Hai bidadari hati,
tak muak ke melayan siri-siri ultraman ni.
Hati ibu terdetik lagi.
Apalah yang difikirkan anak sekecil ini,
apabila melihat heronya beraksi setiap hari,
Tapi inilah realiti ibu juga penah merasai

Hai pujaan hati,
Nanti kamu juga mengerti
Suatu hari kelak bila anak mu pula ternanti-nanti
episod ultraman dari hari ke hari..