Monday, October 21, 2013

Lil pie @ 31 weeks (0_0)

Alhamdulillah..
Kandungan ibu dah masuk 31 minggu 6 hari dah hari ni.lamanye ibu tak update pasal baby ibu.sepanjang mengandung ni macam macam dugaan juga ibu lalui mungkin ini bahagian ibu yang telah ditetapkan oleh-Nya.Namun ape ape pun ibu bersyukur sangat diberi oleh Allah kekuatan dan ketabahan menanggung setiap ujian dan dugaan yg diturunkan dan yang utama nya bersyukur sebab diberi kesempatan untuk mengandung walaupun tak semudah ibu ibu lain.

Sambungan dari entri lepas..yang dh berkurun jugak la ibu rase tapi takpe la asalkan ibu update boleh buat tatapan anak anak ibi jugak nanti.setelah ibu diberi cuti sakit selama 2 hari, ibu kembali kerja seperti biase.ibu tak ingat berapa hari sekembali ibu ke opis perkara yang sama berulang.spotting muncul lagi bile ibu berasa sakit di bahagian ari ari ibu.sekali lagi ibu meminta kebenaran dari bos untuk ke klinik.mujur klinik dengan opis ibu hampir..tak sampai 5 minit berjalan. Sampai di klinik ibu terus minta untuk berjumpa dengan doctor dengan kadar segera.khuatir spotting akan bertukar menjadi darah..ibu fobia sebabnye sudah 2 kali ibu hadapinya sebelum ni.

Masuk berjumpa doctor, ibu terus ceritakan dari awal sampai la masa tu.doctor minta ibu berbaring untuk melakukan ultrasound.dengan penuh harapan yang baby masih ade ibu berbaring.melihatkan gaya si doctor ibu terasa resah seketika.jawapan doctor agak mengecewakan ibu.katanya die tak nampak sangat baby ibu.nampak sac sahaja.tapi die cube lagi dari angel yang berbeza.bile tengok dari angel lain baru nampak baby ibu.tapi doctor masih tak berapa pasti.die minta ibu berjumpa pakar.surat ditulis supaya ibu dapat berjumpa dengan pakar.setelah keluar dari bilik rawatan ibu terus menelefon ayah.minta ambil ibu segera.bagi ibu saat agak cemas.ibu takut sangat masa ni.takut ibu bakal mengalami keguguran lagi..sekembali ke opis ibu terus berjumpa dengan bos dan minta kebenaran untuk pulang berjumpa pakar.dalam hati berdoa berhabis habisan janganla sesuatu berlaku terhadap baby ibu ni.ayah sampai kami terus ke klinik yang di recomend by ayahnye kawan.sesampai di klinik hujan lebat sangat.ayah tak dapat tempat parking.ayah mintak ibu turun dulu untuk register.kebetulan patient lain tade.ibu terus dipanggil ke dalam bilik doctor.oo ibu lupa cerita bahagian pendaftaran tadi.masa di kaunter ibu terus minta untuk bertemu dengan pakar.wanita di kaunter terus bertanya ibu ape perlunya ibu bertemu pakar sebabnya di situ tiada doktor pakar.hanya doktor biase.bila ibu ceritakan perihal ibu wanita tersebut terus menjawab takpe doktor biase pun boleh tak perlu jumpe pakar dalam kes ibu ni.

Ok.ibu ikutkan aje kate wanita itu.bila nama di panggil terkejutnya ibu rupanya wanita di kaunter tadi adalah doctor yang bertugas.ibu di minta berbaring untuk membuat ultrasound.bila imej terpampang di skrin terus doctor berkata ha memang dah takde ni.cube awak tenok tinggal kantung je..selesai ultrasound doctor berbincang dengan ibu berkenaan prosedur cuci aka DNC.seriau ibu mendengar.ayah belum muncul tiba.ibu tak berani nak beri kata putus.doktor memberikan anggaran kos dan berapa lama proses diambil untuk melakukan proses dnc tu.akhirnya ibu mengambil keputusan untuk menelefon ayah.ayah tak bersetuju sebabnya ayah tak tengok dengan mata nya sendiri keaadaan baby.jadi ibu memberi kata putus kepada doctor kalo ibu bersetuju untuk melakukan dnc ni ibu akan telefon klinik mungkin malam ataupun esok pagi.selesai membuat bayaran ibu keluar dari klinik mencari ayah.

Sepanjang perjalan ke rumah mak.ayah banyak mendiamkan diri.ibu pulak masih rasa tidak berpuas hati kerana tak dapat berjumpa pakar.sesampai di rumah mak ibu terus bersuara pada ayah.ibu mahu berjumpa dengan pakar.ibu minta ayah bawakkan ibu berjumpa dengan pakar sakit puan di melati KLINIK PAKAR WANITA MEDINA.kereta yang sudah siap di parking di undurkan kembali utuk penuhi hajat ibu.ibu masih kuat merasakan yang baby ibu ini ade.sampainya di klinik doctor tiada, on call di hospital.kami di minta datang kembali pada sebelah malam setelah menerima panggilan dari pihak klinik.kami pulang dengan perasaan hampa.namun hati ibu masih berharap.ayah masih seperti tadi banyak mendiamkan diri.bila ditanye rupenya ayah sedih..ibu kata ibu biase je sebab ibu dapat rasakan baby ibu masih ade.

Debaran menantikan panggilan dari klinik hanya Allah sahaja yang tahu..jam 9 malam panggilan dari klinik di terima.ibu diminta datang pada jam 10 malam.rupenya begini cara giliran di klinik medina kerana patientnya terlalu ramai.kami tiba di klinik jam 10 malam.menanti untuk giliran ibu hampir sejam kemudian.Bila dipanggil masuk berjumpa doktor,seperti biase ulangan cerita dari awal sampai akhir versi yang ketiga untuk hari itu.Oo ibu sangat suka dengan doctor ini.Sifatnya yang keibuan dan sangat tenang orang nya.Selesai bercerita ibu diminta berbaring untuk membuat ultrasound.hanya ultrasound dapat melihat condition baby ibu.tapi ultrasound kali ni berbeza.ibu diminta berbaring dan bersedia untuk VAGINAL ULTRASOUND kerana cara ini adalah lebih accurate untuk melihat condition baby ibu.doctor meminta agar ibu bertenang untuk tidak merasakan kesakitan bila dilakukan scan tersebut.bila alat dimasukkan dan image terpampang diskrin..ya Allah hampir menitis air mata ibu melihat baby ibu dan degup jantungnya..baby ibu masih hidup alhamdulillah. ..terasa dalam mimpi ape yang berlaku pada hari itu.syukur..syukur..syukur..tiada perkataan lain yg dapat ibu lafazkan.doktor memberikan ibu suntikan kuatkan rahim dan beberapa ubat untuk menguatkan rahim ibu.sekali lagi ibu diberi cuti sakit yang agak lama juga untuk berehat..Sebelum kami keluar dari bilik doctorm docor memegang tangan ibu sambil die membca doa dan minta ibu mengiutnya membaca doa tersebut..ya Allah patutla ramai yang sanggup menunggu untuk di rawat di klinik ini.Layanan doctor nya sangatla mengangumkan ibu.ini pertama kali ibu mengunjungi klinik yang penuh ciri-ciri islamiknya.Rawatan susulan ditetapkan selepas 2 minggu berikutnya.

Alhamdulillah kandungan mencecah 12 minggu sepanjang tempoh itu ibu amatla berhati-hati..khuatir spotting atau darah turun namun semuanya baik-baik belaka.Ibu meneruskan rawatan susulan ibu di klinik Kohilal Melawati kerana tak berhati waja untuk menunggu giliran di Klinik Medina.Komentar dari seorang teman Giliran di klinik Medina kadang kadang boleh mencecah ke jam 1 atau 2 pagi..Cekal sungguh hati ibu2 dan ayah2 demi mendapatkan yang terbaik untuk si kecil mereka.Rawatan susulan diteruskan seperti biasa dari sebulan ke sebulan.Baby sihat dan membesar seperti biasa.Jantina baby masih belum dapat ditentukan sehinggalha kandungan ibu mencecah minggu yang ke 27.

Rawatan minggu ke 27 ibu dan ayah sepakat ingin bertukar ke Gombak Medical Centre sebabnya ibu berhasrat ingin melahirkan baby di sana.Mudah kerana berdekatan dengan rumah kita.Rawatan yang pertama di GMC sekali lagi ibu dan ayah diuji.doctor suspect baby ibu IUGR.pertama kali ibu mendem=ngarnye.growth of baby dengan due date ibu lari lebih kurang 4 minggu.doctor mintak ibu bertemu pakar supaya dapat betul betul memastikan growth of my baby.Balik je rumah ibu mula google about iugr dan tanye kawan kawan ibu jugak.Sedih gak hati ni..dugaan lagi.Tapi setiap yang berlaku pasti ade hikmahnye.Setakat nih every 2 weeks ibu kene berjumpe dengan pakar.alhamdulillah baby is growing well but the size memang agak kecil. minggu yang sama jugak ibu g buat 3d/4d scan dekat Klinik Fazilah dekat bandar Pinggiran Batu Caves again thankfull ya Allah.semuanye ok.

Masuk minggu 31 ni.Darah tinggi mule menyinggahi ibu.Awal jugak berbanding faqih dulu.Masa mengandungkan Faqih minggu ke 37 baru ibu disahkan menghidap darah tinggi.Ape boleh buat.Telan jela ubat and doctor suruh monitor sendiri tekanan di rumah.Ibu diberi cuti sakit selepas di tahan wad sehari.Ibu harap sangat kali ni ibu dapt bersalin kan baby secara normal.Tapi kalo takde rezeki ibu melahirkan secara normal ibu redha.Harapnye post yang akan datang mengenai baby ibu yang dah selamat dilahirkan,InsyaAllah..