Monday, January 14, 2013

Ultraman..ultraman

Hari Isnin datang lagi.
Rutin harian kembali,
Siang berkerja,
Petang balik di jemput si arjuna hati.
Malam terisi dengan siri animasi
Hero ULTRAMAN pujaan hati
Sikecil yang sorang ni.

Hai bidadari hati,
tak muak ke melayan siri-siri ultraman ni.
Hati ibu terdetik lagi.
Apalah yang difikirkan anak sekecil ini,
apabila melihat heronya beraksi setiap hari,
Tapi inilah realiti ibu juga penah merasai

Hai pujaan hati,
Nanti kamu juga mengerti
Suatu hari kelak bila anak mu pula ternanti-nanti
episod ultraman dari hari ke hari..