Showing posts with label Manjung. Show all posts
Showing posts with label Manjung. Show all posts

Monday, August 4, 2014

Raya Siri 2- Pagi Syawal

Assalamualaikum

Semalam tasya dah share pasal aktiviti gotong-royong kitaorang kan.Hari ni kita sambung pula cerita pasal pagi raya..

Cerita pagi raya memang kelam kabut sikit.Maklumla Mak dan kami 3 beradik malam tu setelah siap memasak masih sibuk dok meng'alter' baju raya hehe. Bab meng'alter' baju raya ni dah jadi tradisi pulak. Selalunya malam raya la kami duk sibuk nak jahit manikla, nak buat mata lalatla, nak pendekkan kainla itu baru part kami belum part anak-anak kami pulak. Tapi apa-apa pun semua baju yang di'alter' sempat siap dan di pakai dengan jayanya di pagi raya..




Ayah dan menantu-menantu bersiap untuk ke masjid
Sekembalinya mereka dari Masjid sesi menjamu selera bermula untuk round yang kali kedua hehe. Setelah semuanya sudah mengisikan perut masing-masing kami memulakan sesi bermaaf maafan dan sesi bergamba raya.. Tasya tak nak cerita lebih-lebih. Korang layan gambar jela ek..:)



'Kosong-kosong na' ;)


Top: Hakim, Nas & Damia Middle1: Hj. Wazir, Hjh Esah Middle2 : Jalil, Tasya, Faqih & Muslih Below: Rizal, Nadia, Nuha, Auni & Adelia



Nadhirah Si bongsu!

1 big family.. alhamdulillah


Monopod time!!Smile!!


Sesi monopod sesi penghabisan,,letih juga nak bergambar sebenarnya dengan anak-anak kecik  ni tapi apa-apa pun memang sangat-sangat gembira di beri Allah ahli keluarga yang baik-baik dan supportive
Tasya berharap ikatan ukhwah kami sekeluarga berkekalan harmoni sampai ke syurga. Kami sayang keluarga kami lillahitaala..



Keletihan ayah dan anak


Selamat Hari Raya semua Maaf Zahir Batin


Nota Kaki: InsyaAllah tahun depan di Kelate pulop..(:


Love,
Tasya


Raya Siri 1- Gotong Royong

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah dapat menyambut syawal yang meriah tahun ini.
Meh tasya nak kongsi sikit sambutan hari raya kami sekeluarga.

Tahun ni tasya beraya di sebelah tasya dulu di Sri Manjung, Perak. Mak dan ayah sepakat nak beraya di Sri Manjung instead di Kuala Kurau tahun ni. Al-maklumla mak tasya ni ada butik pakaian. Butik masih di buka sehingga ke malam Raya jadi kami semua sepakat untuk pulang ke kampung tok pada raya ke-2

Semuanya seperti yang dirancangkan alhamdulillah. Sehari sebelum raya mak, ayah dan abang ipar ke pasar  mencari bahan-bahan untuk dimasak for juadah esoknya. Sebaik balik dari pasar tugasan telah diagihkan. Gotong royong bermula untuk memastikan kerja semua berjalan dengan lancar.

Baik ayah, ipar, dan biras turun padang bergotong royong.Anak-anak pun sama naik menolong dan mengacau. kerja yang banyak tak terasa sebabnya sama-sama saling bantu membantu.

Sesi Gotong Royong

Menu kami setiap tahun sama je. 

1. Rendang ayam
2. Gulai Daging
3. Daging masak Merah
4. Nasi impit
5. Ketupat daun palas


Dalam senarai menu ni daging masak merah adalah favorite semua ahli keluarga termasuk menantu-menantu. Semua pasti terkejut kalo tasya cakap kami makan nasi impit atau ketupat pulut dengan daging masak merah kan..tapi nila menu yang ditunggu-tunggu semua. Kalo ada daging masak merah ni lauk-lauk lain di pandang sipi jer..hehe

Siap bergotong royong sebelum tengahari. Malam tu kami dah dapat menjamah rendang, gulai daging nasi impit serta ketupat palas yang sudah siap di masak. persiapan juadah Syawal kali ni memang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana nila first time kami sekeluarga beraya sendiri. Selalunya malam raya kami dah ada di kampung Tok di Kuala Kurau. 

Okla ni muslih dan terjaga. Next entry tasya story pasal sambutan 1 syawal di  Manjung

Love, 
Tasya