Assalamualaikum
Semalam tasya dah share pasal aktiviti
gotong-royong kitaorang kan.Hari ni kita sambung pula cerita pasal pagi raya..
Cerita pagi raya memang kelam kabut sikit.Maklumla Mak dan kami 3 beradik malam tu setelah siap memasak masih sibuk dok meng'alter' baju raya hehe. Bab meng'alter' baju raya ni dah jadi tradisi pulak. Selalunya malam raya la kami duk sibuk nak jahit manikla, nak buat mata lalatla, nak pendekkan kainla itu baru part kami belum part anak-anak kami pulak. Tapi apa-apa pun semua baju yang di'alter' sempat siap dan di pakai dengan jayanya di pagi raya..
|
Ayah dan menantu-menantu bersiap untuk ke masjid |
Sekembalinya mereka dari Masjid sesi menjamu selera bermula untuk round yang kali kedua hehe. Setelah semuanya sudah mengisikan perut masing-masing kami memulakan sesi bermaaf maafan dan sesi bergamba raya.. Tasya tak nak cerita lebih-lebih. Korang layan gambar jela ek..:)
|
'Kosong-kosong na' ;) |
|
Top: Hakim, Nas & Damia Middle1: Hj. Wazir, Hjh Esah Middle2 : Jalil, Tasya, Faqih & Muslih Below: Rizal, Nadia, Nuha, Auni & Adelia
|
Nadhirah Si bongsu! |
|
|
1 big family.. alhamdulillah
|
|
Monopod time!!Smile!!
Sesi monopod sesi penghabisan,,letih juga nak bergambar sebenarnya dengan anak-anak kecik ni tapi apa-apa pun memang sangat-sangat gembira di beri Allah ahli keluarga yang baik-baik dan supportive
Tasya berharap ikatan ukhwah kami sekeluarga berkekalan harmoni sampai ke syurga. Kami sayang keluarga kami lillahitaala..
|
Keletihan ayah dan anak |
|
Selamat Hari Raya semua Maaf Zahir Batin |
Nota Kaki: InsyaAllah tahun depan di Kelate pulop..(:
Love,
Tasya
|
Salam. Hee maaf zahir batin.
ReplyDelete