Thursday, August 7, 2014

Selamat Hari Ulang Tahun!!

Assalamualaikum,
Bulan ni ade 3 orang penting dalam keluarga tasya yang menyambut Hari Ulang Tahun mereka. Mereka adalah orang hebat dalam hidup tasya.Mak yang menyambut Hari Ulang Tahunnya pada 5 Ogos lalu, Kakak tasya pada hari ini 8 Ogos dan soon my 1st Hero Faqih Sadad pada 16 Ogos.

Semoga kalian bertiga sentiasa di limpahi rahmah, dilindungi Allah serta sentiasa dalam redha-Nya. InsyaAllah



Selamat Hari Ulang Tahun Mak


Selamat Hari Ulang Tahun Along




Love,
Angah

Wednesday, August 6, 2014

Surirumah Bergaji?? Pelik tapi Benar

Assalamualaikum


Bestnya dapat jaga anak sendirikan. Tasya rasa memang menjadi idaman ibu - ibu semua kalo boleh nak jaga anak sendiri. Nak anak membesar depan mata.

Tasya pun tak sangka dapat menjalankan tugas  mulia yang satu ni. Yela dah jadi kebiasaan sekarang ni ibu banyaknya bekerjaya. Tambah-tambah yang duduk di bandar. Kadang-kadang pandangan sekeliling yang mempersoalkan kenapa isteri tak bekerja dan mengharapkan duit suami sahaja sedangkan si isteri belajar tinggi juga. Ni pun boleh jadi antara sebab mengapa ibu- ibu terasa ingin bekerjaya. Salah seorang teman tasya  menerima nasib macam ni kesian kan.

Hello...zaman dah berubah, jangan ingat ibu yang dirumah tak dapat menjana pendapatan. Zaman Internet dihujung jari semuanya boleh. Antara mahu dengan tidak. Macam tasya, tasya memilih untuk menjaga anak-anak serta menjana pendapatan sendiri dari rumah. Alhamdulillah tasya dipertemukan dengan Group Shaklee yang sangat  awesome.

Hajat tasya sebenar join Shaklee takde rase nak berbisnes lansung tapi bile buat belian ke tahap kita boleh menerima rebat tunai, terus terdetik kenapa aku tak nak buat bisnes ni. Bisnes shaklee ni bisnes keluarga, bisnes sendiri. Rajin usaha berlipat gandala untungnya tapi kalo malas dan alasan setinggi gunung hasilnya pun setimpal dengan usaha kita bak kata orang tua- tua nak seribu daya tak nak seribu dalih..betol tak?

Pemilihan group dan upline yang baik penting di dalam Shaklee kerananya kita perlu bekerjasama seiring untuk mencapai ke tahap yang tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator. Group dan upline yang baik akan sentiasa membantu kita tak kirala dari segi marketing plan, perihal produk, masalah-masalah kita dengan customer kita ataupun masalah emosi.Tasya sungguh rasa bernasib baik sebab group dan upline-upline tasya semuanya sedia membantu.bila terasa down, bila terasa susah semunya di kongsi bersama dan sama-sama mencari jalan penyelesaian.

Bukan itu sahaja tasya dapat sejak join shaklee ni.Tasya rase tasya dapat lebih dari tu. Dari segi rohaniyahnya Alhamdulillah makin hari makin dapat diupgrade. Kami sentiasa ingat mengingatkan antara satu sama lain bab solat di awal waktu, zikir, sifat memberi lebih, bersedekah.. siapa kata kami hanya mengejar sales sahaja.harap maklum anda tersalah paham ye..(^_^)

Tasya seru kepada siapa-siapa especially ibu-ibu di luar sana yang terasa hati nak mencuba menjana pendapatan dengan shaklee and nak join group awesome tasya hubungi tasya di 012 3805773. Kita boleh cerita lebih lanjut dan lebih mendalam macam mana nak jana pendapatan bukan setakat 2, 3 angka..nak berapa angka pun boleh hingga ke infiniti janji rajin usaha..insyaAllah.


Sebelum nak sambung buat kerja rumah ni tasya mendoakan kepada semua ibu-ibu yang memang berniat utk bekerjaya dari rumah macam tasya semoga niat anda itu termakbul dan di permudahkan Allah...


Ibu yang bekerjaya dari rumah,
Tasya
Wa/text:0123805773


Working at Home Mommy (Gambar dari Cik abang Google)

Monday, August 4, 2014

Raya Siri 2- Pagi Syawal

Assalamualaikum

Semalam tasya dah share pasal aktiviti gotong-royong kitaorang kan.Hari ni kita sambung pula cerita pasal pagi raya..

Cerita pagi raya memang kelam kabut sikit.Maklumla Mak dan kami 3 beradik malam tu setelah siap memasak masih sibuk dok meng'alter' baju raya hehe. Bab meng'alter' baju raya ni dah jadi tradisi pulak. Selalunya malam raya la kami duk sibuk nak jahit manikla, nak buat mata lalatla, nak pendekkan kainla itu baru part kami belum part anak-anak kami pulak. Tapi apa-apa pun semua baju yang di'alter' sempat siap dan di pakai dengan jayanya di pagi raya..




Ayah dan menantu-menantu bersiap untuk ke masjid
Sekembalinya mereka dari Masjid sesi menjamu selera bermula untuk round yang kali kedua hehe. Setelah semuanya sudah mengisikan perut masing-masing kami memulakan sesi bermaaf maafan dan sesi bergamba raya.. Tasya tak nak cerita lebih-lebih. Korang layan gambar jela ek..:)



'Kosong-kosong na' ;)


Top: Hakim, Nas & Damia Middle1: Hj. Wazir, Hjh Esah Middle2 : Jalil, Tasya, Faqih & Muslih Below: Rizal, Nadia, Nuha, Auni & Adelia



Nadhirah Si bongsu!

1 big family.. alhamdulillah


Monopod time!!Smile!!


Sesi monopod sesi penghabisan,,letih juga nak bergambar sebenarnya dengan anak-anak kecik  ni tapi apa-apa pun memang sangat-sangat gembira di beri Allah ahli keluarga yang baik-baik dan supportive
Tasya berharap ikatan ukhwah kami sekeluarga berkekalan harmoni sampai ke syurga. Kami sayang keluarga kami lillahitaala..



Keletihan ayah dan anak


Selamat Hari Raya semua Maaf Zahir Batin


Nota Kaki: InsyaAllah tahun depan di Kelate pulop..(:


Love,
Tasya


Raya Siri 1- Gotong Royong

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah dapat menyambut syawal yang meriah tahun ini.
Meh tasya nak kongsi sikit sambutan hari raya kami sekeluarga.

Tahun ni tasya beraya di sebelah tasya dulu di Sri Manjung, Perak. Mak dan ayah sepakat nak beraya di Sri Manjung instead di Kuala Kurau tahun ni. Al-maklumla mak tasya ni ada butik pakaian. Butik masih di buka sehingga ke malam Raya jadi kami semua sepakat untuk pulang ke kampung tok pada raya ke-2

Semuanya seperti yang dirancangkan alhamdulillah. Sehari sebelum raya mak, ayah dan abang ipar ke pasar  mencari bahan-bahan untuk dimasak for juadah esoknya. Sebaik balik dari pasar tugasan telah diagihkan. Gotong royong bermula untuk memastikan kerja semua berjalan dengan lancar.

Baik ayah, ipar, dan biras turun padang bergotong royong.Anak-anak pun sama naik menolong dan mengacau. kerja yang banyak tak terasa sebabnya sama-sama saling bantu membantu.

Sesi Gotong Royong

Menu kami setiap tahun sama je. 

1. Rendang ayam
2. Gulai Daging
3. Daging masak Merah
4. Nasi impit
5. Ketupat daun palas


Dalam senarai menu ni daging masak merah adalah favorite semua ahli keluarga termasuk menantu-menantu. Semua pasti terkejut kalo tasya cakap kami makan nasi impit atau ketupat pulut dengan daging masak merah kan..tapi nila menu yang ditunggu-tunggu semua. Kalo ada daging masak merah ni lauk-lauk lain di pandang sipi jer..hehe

Siap bergotong royong sebelum tengahari. Malam tu kami dah dapat menjamah rendang, gulai daging nasi impit serta ketupat palas yang sudah siap di masak. persiapan juadah Syawal kali ni memang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana nila first time kami sekeluarga beraya sendiri. Selalunya malam raya kami dah ada di kampung Tok di Kuala Kurau. 

Okla ni muslih dan terjaga. Next entry tasya story pasal sambutan 1 syawal di  Manjung

Love, 
Tasya




Tuesday, July 8, 2014

VIVIX vs TUA

Assalamualaikum wbt readers,

While reading an article, tasya ada terbaca 1 tajuk ni dan terus membuatkan tasya rasa sentap hehe

"Kenapakah sesetengah orang MENUA secara SIHAT manakala sesetengahnya TIDAK".Keyword yang captured by tasya ialah tiga ni:-

1.tua
2.sihat
3.tidak sihat

Korang tahu tak penyakit berpunca daripada proses penuaan yang bermula seawal usia kita 25 TAHUN.Tekanan hidup, diet yang tak seimbang dan tekanan oksidatif daripada pencemaran membuatkan banyak sel protein dalam badan kita rosak maka penyakit mula mudah menghampiri kita.

Ok tasya nak tanye sape dekat sini yang memang minum 8 gelas air sehari, bersenam 2/3x seminggu and tak mempunyai apa-apa TEKANAN lansung???..tahniah tasya ucapkan sebab insyaAllah anda mungkin sukar dihampiri penyakit kerana mempunyai gaya hidup yang sihat..

Tapi bagaimana pula bagi mereka yang tak tergolong dalam kumpulan seperti diatas, macam tasyala bersenam jarang-jarang, tekanan ada juga kadang-kadang jadi apa pilihan tasya untuk menua dengan sihat??

VIVIX la jawapannya.
VIVIX adalah antara supplemen yang terbaik dalam menggalakkan proses penuaan yang sihat bukan tu je tau.. VIVIX juga turut:-

1.Membantu mengelakkan kanser
2.Mengurangkan risiko sakit jantung
3.Mengurangkan komplikasi kencing manis
4.Meningkatkan sistem imunisasi badan
5.Menggalakkan kehilangan berat badan
6.Menyokong kesihatan mata
7.Meningkatkan kesihatan arthiritis dan menyokong kesihatan sendi
8.Bantu mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
9.Menggalakkan kesihtan menyeluruh

Macam mana VIVIX bertindak untuk semua ni??

Ok nanti tasya share lagi dalam episode kebaikan dan apa yang ada dalam VIVIX sehingga dapat memberikan kebaikan yang banyak buat pemakainya..stay tuned okay.

Nota Kaki:rahsia awet muda sudah terbongkar