Saturday, February 22, 2014

4 Helah Untuk Kawal Selera Makan Anda

4 Helah Untuk Kawal Selera Makan Anda

Tanpa kita sedari dalam aktiviti seharian kita, ada banyak perkara yang mendorong kepada nafsu makan yang meningkat mendadak. Ha, lepas tu mulalah pening kepala bila berat badan pun ikut bertambah. Lebih-lebih lagi untuk anda yang banyak menghabiskan masa di pejabat. Dengan suasana sejuk di pejabat pasti sahaja mengundang rasa lapar. Okay, jom baca empat trick mudah dan kawal selera makan anda!

♡Jangan skip waktu makan

Jika anda rasa skip waktu makan boleh mengurangkan berat badan, anda ternyata salah! Walau sesibuk mana pun anda, makanlah pada masa yang betul. Anda boleh merancang untuk makan pada setiap empat jam dengan snek makanan yang sihat seperti buah-buahan ataupun bijirin berkhasiat. Cara ini bukan sahaja dapat menstabilkan kandungan gula dalam badan, malah rasa lapar juga akan dapat dikawal.

Perut anda tidak akan berasa lapar dan kuatiti makanan yang diambil juga tidak banyak. Proses pencernaan juga pasti mudah dilakukan.

♡Dapatkan tidur yang cukup

Eh, apa kaitan tidur dengan selera makan? Ha, kalau anda nak tahu ada yang menyangka kurang tidur mungkin dapat membakar lebih kalori. Baiklah, ini kebenarannya. Apabila anda berjaga pada tempoh yang lama, badan secara langsung akan menjadi kurang bertenaga. Anda juga akan mengurangkan aktiviti disebabkan badan yang tidak bermaya. Hal ini secara tidak langsung akan mengundang kepada peningkatan nafsu makan kerana badan memerlukan tenaga untuk meneruskan aktiviti.

Hormon dalam badan juga akan menjadi tidak stabil dan awas, kerana risiko menghidapi pelbagai penyakit lain juga adalah tinggi. Jadi, cuba untuk mengatur masa rehat dan tidur anda dengan betul dan seimbang.

♡Minum air yang banyak!

Apabila anda berasa lapar, minum segelas air masak. Anda juga boleh menambah sedikit perahan lemon agar terdapat sedikit perasa . Air dapat membuatkan perut anda berasa penuh dan rasa lapar juga dapat dikurangkan.

♡Periksa sebab rasa lapar

Apabila perut berasa lapar, periksa semula bila masa terakhir anda makan. Pastikan anda mengikuti masa makan berkala empat jam tersebut. Jika anda berasa sungguh berselera untuk makan walaupun ketika perut anda tidak menunjukkan rasa lapar, ia adalah nafsu semata-mata. Ia lebih kepada keinginan untuk makan makanan yang terbayang di fikiran anda. Hati-hati ya, jika dituruti nafsu makan ini ia boleh menjurus kepada kegemukkan.

Sumber daripada:
Nur Ainaa, Web Rapi



yummy..tapi tak nak gemuk



INTRO : Set Slimming Shaklee

" The Shaklee Weight Management Program addresses the issues I've raised through my research. It truly works and I believe it's going to change our approach to weight management forever" 

~Dr Paula Baillie-Hamilton, MD, PHD~
A leading expert  in human metabolisme

Assalamualaikum wbt readers.

Petang ini ingin saya kongsikan berkenaan Perbezaan Set Slimming Shaklee berbanding produk pelansingan yang lain.

Antaranya ialah:-
  • Memberikan nutrien yang mencukupi;
  • Melindungi otot;
  • Indeks glisemik yang rendah;
  • Penggunaan bahan-bahan asli bebas GMO;
  • Mengandungi makro & mikro nutrien penting; &
  • Diuji secara klinikal.

Set ni terdiri daripada tiga komponen iaitu bakar, buang dan bina
  1. BUANG LEMAK (DETOX) 
  2. BAKAR LEMAK 
  3. BINA OTOT: ESP (Energizing Soy Protein) / Cinch


LANGKAH PERTAMA : DETOX
  • Detox adalah proses pembersihan usus;
  • Segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan; 
  • Melalui pembuangan air besar;
  • Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum;
  • Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. 


LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK
  • Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega;
  • Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak; 
  • Ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membran;
  • Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan;

LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN
  • Protein sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, 
  • Ia juga dapat meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. 
  • Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%.
  • Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau ESP
  • Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. 
  • Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. 
  • Contoh makanan yang kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu
Okay ini serba sedikit langkah atau proses yang dilalui atau bakal dilalui oleh pengguna-pengguna Set Slimming Shaklee. InsyaAllah sharing yang seterusnya saya akan cerita lebih detail akan setiap kelebihan produk-produk yang terdapat di dalam Set Slimming ini.

Wahai pengguna-pengguna yang bijak.Jom kurus dengan sihat.



Nota Kaki: Kurus, Slim, Cantik Menawan & SIHAT

TASYA 0123805773
YOUR FAVOURITE SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID: 1001843



Friday, February 21, 2014

Shaklee..Ape tu?

Assalamualaikum wbt readers

"Apa itu Shaklee?"

"Vitamin"

Okay ini jawapan lazim yang dikemukan oleh sesiapa sahaja bila bertanyakan apa itu Shaklee. Bagi saya Shaklee lebih dari itu.

Let's get to know Shaklee.




Daripada mana datangnya nama Shaklee?
Ia datang daripada nama pengasasnya iaitu Dr. Forrest C. SHAKLEE, Sr.

Antara salah satu pencapaian yang terhebatnya ialah, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta 'VITALIZED MINERALS" iaitu merupakan MULTIVITAMIN yang pertama di dunia pada tahun 1915.

Pada tahun 1956, Shaklee Corporation  telah ditubuhkan. Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor industri nutrisi. Selain itu Shaklee Corporation juga adalah syarikat Jualan Lansung yang pertama di dunia dan menggunakan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedarnya. 


Shaklee adalah sebuah syarikat yang telah beroperasi selama tempoh lebih daripada 5 dekad. Ia merupakan sebuah syarikat yang telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara SEMULAJADI. Jutaan ringgit telah dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee. Shaklee percaya bahawa KESIHATAN & KEBAHAGIAAN MANUSIA sebagai sandaran utama kepada pembinaan dan pembetukan kehidapan dunia yang lebih baik.


"The more you share with others, the more valuable your share will become."
"Do unto others as you would have them do unto you"
~Dr. Forrest C. Shaklee~

Konsep 'Sharing' telah menyebabkan Shaklee melaburkan berbillion ringgit sebagai GANJARAN kepada PENGEDARNYA yang BERKONGSI tentang Shaklee.

Apabila anda memilih Shaklee , anda akan tahu 3  perkara adalah benar. Ia adalah sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam
  • SENTIASA SELAMAT
  • SENTIASA BERKESAN
  • SENTIASA MESRA ALAM
Falsafah Shaklee

Okay ini serba sedikit info berkenaan Ape itu Shaklee, dari awal nama serta penubuhannya.

Konsep 'Sharing' yang di ketengahkan ini betul-betul memikat hati saya. Jadi sesiapa yang  berminat untuk mencuba produk Shaklee ini & ingin menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee kami boleh hubungi saya 

TASYA 0123805773
ID: 1001843
YOUR FAVOURITE SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR



Nota Kaki: Shaklee sentiasa di hatiku




Wednesday, February 19, 2014

~Murah Hati Yang Mahal~

Assalamualaikum wbt readers.

~Murah Hati Yang Mahal~

Abah singgah solat di sebuah surau.Selesai solat seorang budak menghampiri abah. Sebuah tabung derma dihulurnya. Raut wajah dan gaya pakaian budak itu meyakinkan abah bahawa dia adalah anak yatim yang mewakili sekolahnya memohon sumbangan. Abah menghulurkan derma.

Di suatu sudut beranda surau kelihatan seorang pakcik penarik beca sedang berehat melepaskan penat. 

Budak itu lalu menghampiri pakcik itu dan menghulurkan tabung derma kepadanya. 

Pakcik penarik beca menyeluk saku seluarnya yang lusuh. Sekeping note berwarna merah sepuluh ringgit dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tabung derma tersebut.

Budak itu mengucapkan terima kasih seraya berpaling untuk pergi. Tetapi pakcik itu memberi isyarat supaya menunggu. Pakcik menyeluk poket seluarnya yang sebelah lagi. 

Dia mengeluarkan beberapa note kertas berwarna biru dan hijau lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam poket baju melayu budak itu. 

“Ini hok mu buat beli makanan.”

Abah kemudian menghampiri pakcik itu, sambil bertanya, “Berapo pendapatan pakcik sehari?” 

Dia berkata, “Tak tentu! Kade-kade ado, kade-kade tak dok.” 

Tanya abah lagi, “Bakpo pakcik sedekah semua duit pakcik kepada budak itu?” 

Jawabnya, “Budak tu anak yatim. Berjalan kaki jauh, lapar. Pakcik tak pe, ada beca, boleh kayuh lagi.” 

Subhanallah... Dia jauh lebih murah hati daripada abah. 

Abah mula berasa sebak. 

“Kalu gitu mari ikut ambo pergi makan.” sambil abah memegang tangannya.

“Hari ni pakcik posa.” jawabnya perlahan. 

Abah tidak mampu bersuara lagi..

Nota: Murah hati yang mahal nilainya ialah apabila sanggup menyumbang harta kepada orang yang memerlukan, sedangkan dia sendiri memerlukannya. Berbeza daripada murah hati yang sanggup menyumbang harta sama ada kepada orang yang memerlukan, dalam keadaan dia sendiri tidak memerlukannya..

Kelebihan orang yang murah hati..
1. Pemiliknya akan mendapat kasih sayang dan redha Allah SWT.

2. Bukti kesempurnaan akal, lapang dada dan besar jiwanya.

3. Akan mendapat pertolongan malaikat.

4. Semua manusia akan terdetik hatinya untuk membantu dan bergabung dengan pemilik sifat ini.

5. Seseorang yang berusaha menanamkan sifat ini dengan cara membiasakan dan memupuknya akan mendapat pahala yang besar dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.

6. Ia adalah salah satu sifat Allah SWT dan para wali-Nya.

7. Ia dapat menyatukan hati dan menebarkan kasih sayang antara manusia.

8. Melenyapkan kebencian, kedengkian dan dapat meluluhkan hati.

SUBHANALLAH ! 
Dicatat oleh IBNU MUSLIM

Jom bersedekah!

Nota Kaki: Bila dah sedekah jangan ragu-ragu. Selamat beramal.




FAQ: Set Slimming Shaklee

Kenalan lama meyapa gara-gara terbaca coretan yang saya kongsikan di laman sosial petang tadi.Katanya "Nak kurus macam tasya juga". Jawapannya mengapa tidak Mari saya kongsikan rahsia 'Slimming Down with SHAKLEE'

SET SLIMMING SHAKLEE

Mempunyai beberapa pilihan antaranya:-

1. SET BAJET
  • LECITHIN + ALFAFA
  • LECITHIN + HERB LAX
  • OMEGA GUARD + ALFAFA
  • OMEGA GUARD + HERB LAX
2. SET LENGKAP ( DETOX~BAKAR~BINA)
  • DETOX ( ALFAFA/HERB LAX)
  • BAKAR (LECITHIN/ OMEGA GUARD)
  • BINA( CINCH/ESP)
Antara persoalan yang bermain di minda semua pengguna:-

1. Shaklee Mahalla..Mahal ke?
2. Yang paling murah berapa?
3. Kena kawal makan ke?
4. Berapa Lama nampak kesannya?
5. Ada kesan Sampingan tak?
6. Satu set tahan berapa lama?
7. Kalau berhenti, sekiranya sudah mencapai target yang dingini apa kesannya?

Mari saya tolong jawabkan kesemua persoalan ini..InsyaAllah

Q1. Shaklee Mahalla..Mahal ke?

Menilai mahal atau murah sesuatu produk adalah hak pengguna. Namun kita perlu ingat jangan terlampau memandang pada harga sehinggakan terlupa untuk memandang pada KUANTITI produk tersebut.
     
Q2. Yang paling murah berapa?

Seperti yang saya maklumkan di atas , SET SLIMMING SHAKLEE terbahagi kepada beberapa pilihan.Semuanya bergantung kepada bajet para pengguna.Untuk mendapatkan harga promosi atau pertanyaan lanjut sila hubungi saya TASYA - 0123805773 pengedar sah shaklee anda.. :)

Q3. Kena kawal makan ke?

Selain daripada mengambil supplemen untuk menguruskan badan, senaman ringan seperti kerja-kerja rumah serta pemakanan yang seimbang perlu seiring. Makan berpada-pada serta Pengambilan makanan yang teratur sekurang-kurangnya 3 kali sehari adalah WAJIB (BREAKFAST,LUNCH & DINNER) Jawapan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai pengguna set ini.

Q4. Berapa Lama nampak kesannya?

Ini juga tertakluk pada empunya badan sendiri.Menguruskan badan mungkin nampak mudah. Namun ia sebenarnya memerlukan komitmen dan azam yang tinggi. Persediaan mental juga perlu.Saya mengambil masa lebih kurang 2 bulan untuk menampakkan kesannya dan saya akan teruskan mengamalkan set ini sehingga berjaya mencapai berat ideal saya :)

Q5. Ada kesan Sampingan tak?

Tiada. Shaklee adalah satu-satunya syarikat yang menjual vitamin dan mineral SEMULAJADI (rujukan: A consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)

Q6. Satu set tahan berapa lama?

Bergantung kepada cara pemakanan pengguna. Sebagai contoh di sarankan mengambil alfalfa pada permulaan proses kelansingan ialah sebanyak 6 biji sehari dan ia boleh di tambah  dari 6 biji ke 10 biji paling maksimum mengikut kehendak pengguna sendiri. Alfafa botol kecil mengandungi  330 biji dan yang besar 700 biji. Jadi mengikut pengiraannya sebotol alfafa kecil oleh bertahan hampir 2 bulan.

Q7. Kalau berhenti, sekiranya sudah mencapai target yang dingini apa kesannya?

Tiada sebarang kesan kerana ia adalah konsep diet yang sihat. Konsep berdiet dengan Shaklee ialah "Keep muscle you have, Burn  Fat you don't need  & Lose inches you don't want."


Alhamdulillah selesai sudah menjawab soalan-soalan yang diajukan. Jadi marilah berdiet dengan SET SLIMMING SHAKLEE. Berbaloi-baloi!

Pengedar Sah Shaklee anda
Tasya-1001843
PM/WSAP 0123805773

Nota Kaki: Tak kenal maka tak cinta. Tak cuba maka tak tahu.